BUNGA
I would love to have a little wings and fly high in the sky. running on the rainbow and tell the world that I am flying. Live for yourself not for the people. loves,me.




LadolceBungaa
Wednesday, June 11, 2014 • 7:29 AM • 0 Comment(s)


di atas bangku itu dia duduk menghadap tasik yang indah lagi menenangkan di taman itu. Nafas dihembus sekaligus meleraikan segala perit yang ada. Ada air yang mengalir dari kelopak matanya namun pantas diseka. Ahh, dia tak mahu menangis lagi. sungguh dia penat. Dikuatkan hati agar terus tabah mengahadapi dugaan ini.

gadis itu memejam matanya ‘kau perlu kuat hara!’ tanga diletakkan pada dada cuba menyalurkan kekuatan pada hati. Kini dia hanya sendiri di bumi London itu. Membawa diri jauh ke tempat orang untuk merawat hati yang sudah banyak terluka. Hara, dia tak mahu memandang kebelakang lagi. Mata dipejam rapat.

******
Di café itu Hara menunggu kehadiran seorang yang disayangi selain keluarga dan temannya. Adry, seorang lelaki yang sempurna luarannya. Sesiapa sahaja mengimpikan lelaki seperti itu. Rupa yang cukup membuat hati ramai gadis terbuai. Ditambah pula dengan berlatar belakangkan keluarga yang berduit. Sudah cukup sempurna di mata perempuan pisau cukur. Tetapi Hara tidak memandang itu semua. Apa yang dimahukannya Cuma lelaki yang sanggup terima apa adanya bukan hanya kerana rupanya yang cantik yang dianugerahkan tuhan sebagai pinjaman sememntara. Adry bukanlah seorang yang terlalu baik tetapi selama perkenalan mereka Adry melayannya begitu baik. Tetapi ikhlas kah lelaki bernama Adry itu? jauh di sudut hati dia tidak meletakkan sepenuh jiwa dan kepercayaan kepada Adry kerana seakan ada sesuatu yang memaksanya untuk tidak tunduk pada lelaki itu. Namun, walau hati mengahalang, diri ingin tetap bertemu.

‘Ad, u busy tak? dah lama kita tak jumpa. Kalau u free let’s have a chat kat tempat biasa. I tunggu u’ pesanan itu dihantar kepada Adry. ‘Hara, I tak free lah. Banyak kerja kat office. Maybe next time’ Nah! Sudah dapat diagak. Hatinya tahu lelaki itu takkan datang berjumpa dengannya. Namun diri tetap degil! Sudah sebulan mereka tidak bertemu mata ke mata. Kerana sebulan itu adalah untuk mengambil masa bagi memulihkan kembali ingatannya kerana kemalangan yang berlaku pada dirinya.

Hara baru sahaja pulih dan apabila dia cuba mendapat kembali apa yang dihilangnya dulu semuanya seakan menjauh darinya. Begitu juga antara dia dan Adry. Hubungan mereka seperti tali yang hampir putus. Jika hunbungan mereka renggang seperti itu lalu untuk apa diteruskan lagi? Entah, seakan ada sesuatu yang memaksa dirinya untuk tetap bertahan. Sesuatu yang akan diketahuinya nanti. Itu dia pasti.

**********
Latte di depan dihirup. Dia memang gemar minuman berkafein itu lebih-lebih lagi dalam keadaan fikiran yang kusut seperti itu bagus untuk menenangkan sedikit hatinya. Terasa hilang segala sesak di jiwa. Terfikirkan Adry, alasan yang diberikan selalu sibuk. Betulkah sibuk?

Hara berjalan keluar dari café itu. tanpa sedar dia terlanggar seorang pelayan di situ. Handphone di tangan jatuh ke lantai ‘sorry cik, saya tak nampak cik tadi’ pelayan itu memohon maaf. ‘no, it’s okay’ Hara tunduk mengambil handphonenya. Tiba-tiba mata ternampak sesusuk tubuh yang dikenali berjalan melepasi café itu. seorang lelaki bersama seorang perempuan yang juga seperti dikenalinya.

Pantas kali melangkah mengekori pasangan itu. ‘Adry’ terpacul nama itu dari bibirnya. Lelaki itu bersama perempuan di sisinya sama-sama berpaling. Mata seakan tak mahu melihat, mulut seakan tak mampu berkata, kaki seakan kaku untuk melangkah dan hati seakan hancur lumat ketika itu. ‘Sha!’ terpacul keluar nama seorang teman yang dianggap seperti kembar sendiri, yang diletak sepenuh kepercayaan dan yang selalu bersama tak kira waktu kini sanggup membunuh hati temannya sendiri secara senyap.

‘Hara!’ serentak mereka bersuara kaget. ‘apa ni?’ air mata sudah tak mampu ditahan. Diketap bibir menahan segala sebak. ‘Hara, sebenarnya..’ Sha bersuara. ‘No, let her know’ pantas Adry menghalang penjelasa Sha. ‘Apa yang you nampak dah cukup jelaskan semuanya. I dan Sha dah lama bersama’ Sha hanya menunduk. ‘kenapa?’ mata itu sudah mula berkaca. Bila-bila sahaja air mata itu bisa tumpah.’kenapa? you langsung tak ingat siapa I dulu. I don’t want to waste my time with someone who didn’t know me. And you dulu..macam perempuan tak waras. Jadi apa yang you nampak ni, this is my choice. I hope you understand’ Hara tunduk. Ya,sekarang baru dia tahu tentang semua kebenaran ini ‘tapi..you tahu I sakit waktu tu’ masih cuba untuk menjawab. ‘sebab I tahu you sakit lah I buat pilihan ni. You ingat I boleh hidup dengan orang yang amnesia macam you dulu? Hey,Nonsence!’

‘Ad,enough’ Sha ditepi tidak mahu Adry meluahkan semuanya lagi. jauh di sudut hati masih punya belas kasihan pada rakannya itu. ‘okay..sekarang I faham. Thank you Ad, kerana buat I sedar betapa I tak layak untuk orang yang sempurna macam you. Sha, thank you untuk persahabatan kita yang hampir 10 tahun dank au hancurkannya saat ini. thanks both of you’ lantas kaki terus melangkah laju. Dia mahu berlari jauh dari situ. Pergi jauh dari semua kebenaran itu dan tak mahu berpatah lagi. ‘I’m sorry Hara..’ bisik hati Sha.

0 Comments posted :

Post a Comment


Little Hello



Follow | Dashboard
Hello to all of you blogger. Thanks visit here. If you feel free let have some FAIRYTALE here..
BUNGA
Lets Talk!


Don't use harsh word!
Put your blog url, not email!
No anonym or advertisement allowed here!