BUNGA
I would love to have a little wings and fly high in the sky. running on the rainbow and tell the world that I am flying. Live for yourself not for the people. loves,me.




LadolceBungaa
Sunday, March 23, 2014 • 11:44 AM • 0 Comment(s)

“Hey little girl..long time no see right?” Danial terus menyapa sebaik Syira sampai di situ. Syira tersenyum. “Assalamualaikum..hehe” Syira memberi salam. Nah, lain sedikit riak Danial ketika itu. “Er..okay..eh, have a seat” balas Danial sedikit tergagap. Dia memang tidak pernah pun menjawab salam daripada Syira. Mengapa? Syira sendiri tidak tahu.

“Erm..Danial, can I ask you something?” Syira teragak-agak ingin menyoal Danial. “Yes,sure” balas Danial tersenyum. “Awak..memang tak tahu jawab salam ke?” Syira memberanikan diri untuk bertanya. Muka Danial berubah sedikit. “Em..why you ask me like that?” soal Danial dengan muka serius. Syira ketakutan di situ. Tidak tahu pula Danial marah apabila ditanya begitu. “Tak..er..saya tanya sebab…awak tak pernah pun jawab salam saya. Saya cuma pelik aje..” dia menayangkan muka seposennya. Berharap Danial kasihan melihat mukanya begitu.

Di Dalam hati Danial sudah mahu tergelak melihat muka Syira tetapi mukanya tetap serius memandang Syira. “I see..but, do I have to answer your question?” soal Danial lagi. Mukanya tetap memandang muka Syira yang tunduk di depannya. “Takpe..tak nak jawab pun takpe. Tak penting pun kan..hehe..” laju sahaja Syira membalas. Takut woi kena pandang macam itu. Mahu pengsan dekat situ juga dia rasa.

Danial tidak tahan melihat gelagat Syira. Pecah juga tawanya akhirnya “Haha..tadi bukan main lagi tanya. Sekarang dah takut dah?” Hairan pula Syira lihat Danial mentertawakannya. Tadi bukan main marah “kenapa awak gelak? Er, habis tu awak kan marah saya tanya macam itu..” mukanya diangkat memandang Danial yang senyum kepadanya. “You nampak cute sangat bila buat muka macam itu sebab itu I tak tahan nak gelak. But, bila masa  I cakap I marah? I takde marah you pun kan” 

Seperti biasa pipi Syira terus berubah apabila dipuji oleh Danial. Pantang betul dipuji terus merah padam mukanya. “Er..mana ada cute” katanya sambil tangan menyentuh muka “Habis muka awak serius gila bila saya tanya macam itu. Macam nak makan orang aje” kata Syira berterus terang.

Danial tergelak mendengarnya. “Oh..so I ni menakutkan you lah ey. Sorry okay dear..” papp! Jantung Syira macam nak gugur sahaja bila Danial memanggilnya ‘dear’ tetapi tetap dikawal reaksinya itu agar tidak dikesan oleh Danial. “So back to your question tadi, actually I..I tak pandai nak jawab salam. But, I know what is ‘salam’. It’s just I forgot how to answer it” Akhirnya Danial memberitahu juga tentang apa yang bermain di dalam fikiran Syira selama ini.

Syira sedikit terkejut pada mulanya tetapi mengenangkan yang Danial memang berasal dari keturunan England oleh kerana bapanya memang orang sana dan pernah juga menetap lama di negara itu mungkin membuatkannya terikut dengan cara barat. Jadi tidak hairan lah kalau dia lupa bagaimana menjawab salam. Itu baru sahaja bab salam. Belum lagi bab solat,puasa dan semua ibadah wajib yang lain yang entah Danial buat atau tidak.

“Okay..so macam tu cerita dia. Let me tell you then. ‘assalamualaikum’ is salam sejahtera ke atas kamu. ‘waalaikumusalam’ pula is segala sejahtera ke atas kamu. Beri salam dan jawab salam ni sama jugak seperti kita mendoakan mereka. Now you get that?” panjang lebar penerangan yang diberikan Syira.

Danial kagum melihat Syira mengajarnya tentang makna salam yang dia tidak pernah ketahui selama ini. Dalam ramai-ramai perempuan yang dikenalinya hanya Syira seorang yang pandai bercakap mengenai hal agama ini. Yang lain cuma tahu berseronok dengannya.          

“wow! you tau banyak benda tentang agama ini kan? While me..nama aje islam but..I don’t act like I’m a muslim” kata Danial dengan nada perlahan. Dia terlalu jauh dari agama sebelum ini. kali terakhir dia solat pun masa berumur 12 tahun. Itu pun atuknya yang mengajarnya. Syira sekadar tersenyum. “No Danial. saya ni bukan banyak ilmu sangat. saya pun masih belajar lagi tentang agama ini. Apa yang saya tahu, saya share dengan awak. So kita sama-sama dapat manfaatnya kan” kata Syira sambil tersenyum manis kepada Danial. Danial turut tersenyum. Mereka terus berbual dan berkongsi bermacam-macam cerita di luar café itu. 

*********

“Hanis, tolong aku kemas ini” Syira meminta pertolongan Hanis untuk mengangkat cawan yang berada  di atas meja itu. Hanis segera memberi pertolongan sambil tersenyum. “kau ni kenapa? Okay tak ni? ” hairan pula Syira melihat Hanis dari tadi asyik tersenyum-senyum. Mana lah tahu kot tersampuk budak Hanis itu. “Apa? Aku okay lah..hehe..” “Dari tadi aku tengok kau asyik senyum je. Ada apa-apa ke hari ni?” soal Syira lagi. “Yep! Memang ada ‘something’ pun hari ni” sengaja ditekankan perkataan ‘something’ itu. Hanis hanya tersengih. Syira memikirkan ‘something’ yang dikatakan Hanis itu. “something apa ni? apa yang special sangat hari ini? kucing kau beranak ey..haha, congrats la..beranak jugak si Olaf tu” Syira sesedap rasa sahaja main serkap jarang. Entah betul ke tidak Hanis gembira kerana itu.

“Haha..apa lah kau ini, kucing aku dah beranak minggu lepas. Aku happy untuk kau sebenarnya..” Syira buat muka pelik dan terkejut. “Happy untuk aku? apehal pulak nak happy untuk aku ni? haih tak paham betul lah kau ni..” “Haha..jangan buat muka pelik macam tu lah. You just wait and see..” makin hairan Syira dibuatnya.

“Syira, kau tolong kemas meja kat luar sana. Yang ni biar aku kemaskan eh” ujar Hanis sambil menunjukkan meja hujung di luar sana. Meja itu biasanya diduduki oleh Danial. Syira hanya menurut sahaja. Malas pula mahu bertanya lebih-lebih.

Dia mengelap meja itu walaupun tidaklah kotor mana. Dia berdiri tegak untuk menghilangkan rasa lenguh dan tiba-tiba dirasakan ada kain yang menutup matanya. “Ahh!” terjerit kecil Syira dibuatnya. Dia tidak dapat melihat apa-apa ketika itu. “siapa ini?!” soal Syira sedikit cemas takut juga kalau dia diculik.

“Shh!” Syira terdengar suara seseorang menyuruhnya untuk diam. Sudah lah menutup matanya siap suruh diam lagi. Entah siapa lah yang nak main sorok-sorok dengannya itu. “Just follow my step” dan sekali lagi dia mendengar seseorang itu memberikan arahan kepadanya. Dia seperti pernah mendengar suara itu tetapi otaknya seakan beku untuk berfikir ketika itu. Dia mengikut setiap langkah seseorang itu dengan penuh berhati-hati.
Jika dia tersalah langkah seseorang itu memegang lengannya yang berlapik baju itu dan menarik ke jalan yang betul.

“nak pergi mana ni? boleh bukak tak benda ini rimaslah..” Syira bersuara. Naik rimas jugak bila mata tertutup macam itu. sebaik sahaja dia bersuara langkahnya terus terhenti. Dirasakan kain yang menutup matanya itu dibuka perlahan. Syira membuka matanya perlahan-lahan terasa berpinar sedikit.

Dia sungguh tekerjut dengan apa yang dilihatnya. Dengan belon-belon yang memenuhi di sudut ruang café itu. Dia ternampak ada tulisan tergantung pada dinding itu  bertulis ‘happy birthday Syira’ baru dia teringat yang hari ini adalah hari lahirnya. Bagaimana dia boleh terlupa tentang hal itu. Dia pantas berpaling ke belakang untuk melihat siapa yang menutup matanya tadi.

Papp! Danial? “Happy birthday my cute little girl Syira..” ujar Danial bersama senyuman yang cukup menawan. Syira terkejut memikirkan yang menutup matanya tadi dan memegang lengannya walaupun berlapik ialah Danial! Mujur juga berlapik kalau tidak habis Danial dimarahnya. “Er..thank you Danial. tapi macam mana awak tahu hari ni birthday saya? Saya sendiri lupa sebenarnya..” soal Syira.

“I ask your friend, Hanis. Birthday sendiri pun boleh tak ingat you ni. Mujur I ingatkan you tau…” balas Danial pula. “Hanis? Patutlah…” Syira sudah tahu kenapa Hanis asyik tersengih sahaja tadi rupanya dia sudah berpakat dengan Danial ini untuk buat surprise hari jadinya. Tetapi hanya mereka berdua di situ, kenapa Hanis tidak ikut sekali. Mungkin ini semua Danial yang mahu. “Patutlah apa?” Danial menyoal. “Eh, takde pape lah” balas Syira sambil menggeleng. “Come here Syira” Danial mengajaknya untuk duduk. Syira hanya mengikut. Dia nampak ada secawan latte yang buihnya dibuat bentuk hati. Sungguh cantik dan berseni. “Awak buat semua ini?” soal Syira ingin tahu. “Yep, do you like it?” Danial berharap agar gadis itu suka dengan apa yang dibuatnya untuk hari lahir Syira.

 “Of course I like it! It’s so beautiful you know” ujar Syira teruja. Buah hati buat surprise birthday untuknya tentulah suka. “I’m glad you like it. susah juga nak buat semua ini tau. But for you..anything I will do” ujar Danial bersama senyumannya. Jantung Syira semakin laju berdegup. Apa maksud kata-kata Danial itu? Tetapi cepat-cepat diusir fikiran yang bukan-bukan. Dia cuma tidak mahu berharap apa-apa pada lelaki itu. Takut dia yang terluka akhirnya.

“Oh, thank you..” balas Syira sepatah. Sungguh dia sukakan kejutan yang dibuat Danial untuknya. “Nah, eat this” Danial menyuakan kek kepada Syira. Syira buat muka blurr “Hah?” “Buka mulut you and eat this” kata Danial sambil tangan masih memegang sudu ke mulut Syira. “Syira..please jangan melting” bisik hatinya. Dia memandang sudu itu. “please..tangan I dah kebas ni” ujar Danial sengaja ingin Syira segera membuka mulutnya. Syira menyuapkan kek itu ke dalam mulutnya. Sedap dan manis kek itu. Sedap kerana  dia bersama Danial kah? Manis kerana Danial yang menyuapnya kah? Dia sendiri tidak tahu.

********

Mereka berborak tentang itu dan ini. bergelak ketawa dengan gembira sekali. “Hey, you makan macam budak-budak lah Syira..” kata Danial lalu mengambil tisu pantas mengelap mulut Syira yang sedikit comot. Syira kaku sebentar. Terkejut dengan reaksi Danial. “It’s okay saya boleh buat sendiri” kata Syira lalu mengambil tisu itu dari Danial. “Syira, close your eyes for a while please” ujar Danial tersengih. Hairan Syira dibuatnya. “Why?” “Just close your eyes please..” pinta Danial dengan suara sengaja dibuat manja.  

Syira menutup juga matanya. Kalau tidak tutup kan silap-silap menangis pulak Danial itu. “Danial..bila boleh buka ini?” Danial tidak menyahut. “Danial..” sepi. Tiada sahutan pun dari Danial. Takut pula Syira memikirkan yang bukan-bukan. Tak kan Danial lari tinggalkan dia seorang di situ. Sudah lah hari semakin gelap. Dia terus membuka mata. Dilihat sekeliling kosong tiada sesiapa. “Danial..where are you? Jangan main-main macam ini boleh tak?” Syira sudah takut.

“Danial..jangan tinggal saya sorang-sorang. Saya takut..” suara Syira seperti sudah mahu menangis. Tiba-tiba dirasakan sesuatu mencuitnya. Dia berpaling ke belakang dan melihat sejambak bunga yang cukup besar berada di depannya. “Are you scared girl? I’m sorry for make you wait for a long time. I pergi ambil this flower for you” Saat itu Syira air mata Syira sudah menitis. Menitis kerana takut ditinggalkan seorang dan menangis kerana terharu dengan apa yang dilakukan Danial untuknya. “Hey..why are you crying? I’m sorry okay..” Danial risau melihat Syira menangis. “No, saya cuma terharu sangat awak buat semua ini untuk saya” ujar Syira.  Danial ketawa perlahan. “I ingat sebab apa. Dah stop crying okay? Tak best lah birthday girl nangis macam ini..” ujar Danial cuba menggembirakan Syira. Syira ketawa juga. “Okay okay, tak nangis dah”

“Good girl. This is for you..” Danial menghulurkan sejambak bunga itu dan satu kotak kecil berwarna merah. “Apa ini?” soal Syira. “Your birthday present” balas Danial bersama senyuman. “Open it” Danial menyuruh Syira membuka kotak itu. Terkejut Syira saat matanya melihat seutas rantai berbentuk hati dan terukir namanya di situ. “Do you like it?” soal Danial pula. “Yaa, I do like it. but..I can’t accept this. Cukup lah surprise yang awak buat ini untuk saya” Syira menolak pemberian Danial itu dengan lembut.

“Syira..accept this please. This is your birthday present. Not more than that okay?” kata Danial. Syira tersedar apabila Danial berkata begitu. Itu cuma hadiah hari lahirnya dan tidak lebih dari itu. “okay..” balas Syira perlahan. Danial senyum kerana Syira mahu menerima hadiah pemberiannya. “This is my girl..” kata Danial. “Thank you Danial. I just don’t know how to say” Syira sungguh berterima kasih kepada Danial untuk semuanya.

“Most welcome. Your happinest is enough for me” balas Danial pula. Dia senang melihat Syira gembira. Syira tersenyum manis kepadanya. Danial benar-benar membuatnya jadi tidak keruan. Mereka meluangkan masa mereka bersama di situ.

**********



0 Comments posted :

Post a Comment


Little Hello



Follow | Dashboard
Hello to all of you blogger. Thanks visit here. If you feel free let have some FAIRYTALE here..
BUNGA
Lets Talk!


Don't use harsh word!
Put your blog url, not email!
No anonym or advertisement allowed here!