BUNGA
I would love to have a little wings and fly high in the sky. running on the rainbow and tell the world that I am flying. Live for yourself not for the people. loves,me.




LadolceBungaa
Thursday, March 20, 2014 • 8:18 AM • 0 Comment(s)

Bau aroma cappuccino menusuk lembut di hidungnya. “Tingg!” Hanis menekan loceng kecil di kaunter itu menandakan pesanan yang dipesan oleh pelanggan sudah siap. “Syira, take this to table number 2” Hanis menghulurkan minuman cappuccino itu kepada Syira. “Okay..meja yang dekat sana eh?” soal Syira sambil menunjukkan meja yang terletak di hujung café itu. Memandangkan dia baru sahaja mula bekerja di situ, jadi dia kurang tahu kedudukan meja-meja di situ.

“Yep..meja yang lelaki itu duduk” balas Hanis yang juga merupakan kawan baik kepada Syira. “Orait boss..hihi..” Syira pantas membawa dulang tersebut menuju ke meja yang dimaksudkan.

“Here your cappucinno” ujar Syira lantas meletakkan minuman itu di atas meja. Lelaki di hadapan Syira yang sibuk membelek telefon bimbitnya mengangkat muka. “Yes, thank you..” ujar lelaki itu bersama senyuman. Senyuman yang cukup menawan hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Dengan kulitnya yang putih melepak macam anak mat salleh sesiapa sahaja yang melihat pasti akan terpegun. 

Syira tidak berkelip memandang lelaki itu. Sudah…apakah dia sudah jatuh cinta? Atau sekadar tertawan dengan senyuman lelaki itu. Lelaki di hadapannya itu hairan melihat Syira yang dari tadi tidak berkelip memandangnya. “Ehem..what’s wrong with you girl?” soal lelaki itu sambil berdehem. Syira cepat-cepat tersedar dari lamunannya. “Astaghfirullah..apasal aku pandang dia macam itu..malunya!” bebel hatinya.

“Erk..nothing…Just enjoy your breakfast” ujar Syira lalu pantas beredar dari situ. Kalau dibiarkan lama-lama di situ boleh pengsan Syira melihat senyuman lelaki itu.

***** 
“Hanis!” Syira meluru ke arah Hanis hingga membuatkan rakannya itu terkejut. Gelabah betul gayanya. “Hey..apasal ni? terkejut aku main sergah macam ini” ujar Hanis hairan melihat Syira. Tadi okay sahaja kawannya itu ini tiba-tiba dah macam kena sampuk hantu gayanya.

“Ops, sorry buat kau terkejut..” ujarnya sambil menayangkan muka seposen. “Yelah..tapi apasal kau gelabah sangat ini? macam kena sampuk hantu aje aku tengok” Hanis menyoal ingin tahu. “Yaa! Memang aku kena sampuk hantu. Aku dah kena sampuk dengan hantu Edward Cullen!”

Hanis makin tidak faham dengan jawapan rakannya itu. “Hah? Hantu Edward Cullen apa ini..? aku tak faham lah” Hanis benar-benar bingung. “Lelaki yang duduk dekat table nombor 2 tu lah..” ujar Syira memberitahu tentang Hantu Edward Cullennya itu.

“Haha..Syira, aku ingat kau dah tak betul tadi. Mujur lah kawan aku sorang ni sihat walafiat lagi..haha..” ujar Hanis bersama tawanya. Syira sudah buat muka monyok. “Ish..apa lah kau ni. memang aku sihat lagi pun. Aku just terover excited jumpa lelaki itu tu. You know what..first time aku tengok muka dia, jantung aku ini dup dap dup dap” ujar Syira. Hanis merapatkan telinganya pada Syira. “Ha’ah lah..kuat sangat..macam-macam bunyi ada..haha..” Hanis sudah ketawa mengekek. “Hey! Itu perut aku lah sengal!” ujar Syira sedikit menjerit lantas menolak sedikit kepala Hanis yang berada di perutnya. “Kau ni Hanis..aku serius tahu” Syira menyilangkan tangannya dengan wajahnya dibuat merajuk. “Alala..aku gurau jelah. Nak manja-manja sikit pun tak boleh. Haha..”

“Banyak lah kau manja-manja.” ujar Syira. “Yelah..eh dah lah. Aku nak pergi sambung kerja. Melayan kau yang tengah mabuk cinta ini memang tak siap lah kerja aku..” ujar Hanis lalu beredar untuk menyambung kerjanya.

Syira di situ masih termenung bersama senyuman yang tidak lekang di bibir. Senyuman orang jatuh cinta mungkin…

*****
Seperti hari-hari biasa, Syira melakukan tugasnya dengan mengelap mana-mana meja yang kotor. Naik lenguh juga badannya dari tadi mengelap berpuluh-puluh meja yang ada di Café Lavendar itu. Sedang asyik dia mengelap meja tersebut, seseorang menarik kerusi di meja itu lalu duduk di situ.

Syira mengangkat muka. Dia nampak lelaki itu tunduk sambil membelek telefonnya.  Dup dap dup dap..jantungnya mula berdegup lagi. sama seperti saat dia melihat hantu Edward Cullennya tempoh hari. “can I have one cappucinno please?” tiba-tiba lelaki itu bersuara dan mengangkat mukanya menghadap Syira di depannya.

“Betul lah dia..” detik hati Syira. Dia cuba mengawal riaknya tidak mahu dikesan oleh lelaki itu yang dia memang tidak betah melihat lelaki itu. Mahu pengsan rasanya dapat berjumpa lagi dengan lelaki itu. “Oh, yes. Satu cappucinno ya?” soal Syira inginkan kepastian. Lelaki itu sekadar mengangguk dan senyum kepadanya. 

Syira berlalu untuk menyediakan pesanan yang diminta. “Hanis! Take this..” ujar Syira lalu memberikan sekeping kertas pesanan kepada Hanis. “One cappuccino” baca Hanis perlahan. “Hanis, buat cappucinno yang paling sedap okay..?” ujar Syira bersama senyuman. Senyum sampai ke telinga kerana dapaat berjumpa lagi dengan lelaki persis mat salleh itu.

“Hah? pernah ke aku buat air tak sedap sebelum ini? kau ini apasal senyum sorang-sorang ini?” soal Hanis pelik. Buat hal lagi kawannya nampaknya. “Guess what?” kata Syira tersenyum.

“I don’t know..just tell me” balas Hanis malas mahu meneka. “I meet him again! He is outside there” ujar Syira teruja. “Oh..patutlah dah start balik kau penyakit senyum sorang-sorang ini..” balas Hanis sambil tangannya lincah menyediakan pesanan yang dipesan.

“Hehe..mana ada aku senyum sorang-sorang” kata Syira cuba menutup malunya. “Yelah itu..kalau tak senyum sorang-sorang apa? Berangan? Berangan si Edward Cullen tu datang melutut and bagi bunga ros kat kau and cakap will you marry me my love Syira?” bebel Hanis. Syira ketawa mendengar kata-kata Hanis. “Haha..sweet jugak kalau dia betul-betul buat macam itu kan? Aku lah orang yang paling beruntung dalam dunia ini..hihi..” balas Syira. Dia membayangkan bagaimana lelaki yang diminatinya itu melamar dia seperti yang dikatakan Hanis.

****
Cappucinno yang masih panas berasap itu diletakkan di atas meja di hadapan lelaki itu. “Here your cappucinno” kata Syira sedikit gugup. Bila tiada di depan mata bukan main banyak mulut cerita itu ini tentang lelaki ala mat salleh itu tetapi bila sudah ada depan mata pandai pula control ayunya.

Biasalah perempuan..lebih-lebih lagi perempuan bertudung seperti Syira. Haruslah lebih menjaga adab dan sopan bukan main tergedik-gedik macam sesetengah perempuan di luar sana. Matanya  mencuri pandang wajah lelaki itu. Tiba-tiba lelaki itu juga memandangnya.

Pantas Syira mengalihkan pandangannya. “alamak kantoi..!” desis hatinya. “Ehem..” lelaki itu berdehem. “You know what..I dah lama perasan yang you asyik tengok I aje” kata lelaki itu sambil memandang Syira. Merah padam muka Syira menahan malu.

Tetapi dia sedikit terkejut kerana lelaki itu boleh bercakap dalam bahasa melayu. Mati-mati dia ingatkan lelaki itu anak mat sallah mana yang tercampak di situ. “Erk..awak boleh cakap melayu?” soal Syira. “Yes, of course. I lahir kat sini so mestilah pandai cakap melayu.. well I tak hairan kalau you tanya macam itu sebab muka I memang lain among the others right? Actually daddy I orang England tu yang I dapat muka macam ini ” kata lelaki itu panjang lebar memberitahu tentang dirinya. Dia hanya tersenyum.

“Oh..macam itu..” balas Syira sepatah. Tidak tahu apa lagi yang harus dijawab. “you tak jawab lagi soalan I. kenapa you asyik pandang I?” lelaki itu menyoal soalan yang sama.

“Erk, eh, mana ada. Bila masa saya tengok awak? Takde..mana ada..” ujar Syira sedaya upaya membuatkan lelaki itu percaya kata-katanya. “Oh really? Hm..is there something wrong with me?” Tanya lelaki itu lagi.

“Eh..takde lah. Takde wrong apa-apa pun. Hihi..” ujar Syira sambil tersengih. “Ish..apa lah aku nak jawab kalau dia tanya macam-macam lagi. Tulah gatal sangat mata ini!” marah Syira pada dirinya sendiri.

“Hm..okay. but if you free come and join me. Bosan I lepak sorang-sorang” ujar lelaki itu mempelawa Syira. Terkejut bukan main lah Syira. Bagai pucuk dicinta ulam mendatang. Dalam hati sudah berbunga-bunga. Rasa mahu sahaja dia melompat di situ tetapi buat malu sahaja jika dia buat perangai begitu. Kena lah control depan pujaan hati..

“Em..I’m glad to..tapi sekarang saya tengah kerja” balas Syira. “Oh, pukul berapa you habis kerja?” soal lelaki itu pula. “waktu kerja saya habis pukul 4” kata Syira lagi. “okay..kalau macam itu I tunggu you habis kerja” balas lelaki itu bersama senyuman. “Eh..tak apa ke? awak tak ada kerja ke? lambat lagi nak tunggu saya habis kerja” balas Syira teragak-agak.
“No, it’s okay..you just do your work and I will wait for you. Okay?” kata lelaki itu seperti memberi arahan.

“Em..okay lah kalau macam itu. Saya sambung kerja dulu..” ujar Syira sambil tersenyum. Lelaki itu juga membalas senyumannnya. Dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu perasan Syira ketika itu.




0 Comments posted :

Post a Comment


Little Hello



Follow | Dashboard
Hello to all of you blogger. Thanks visit here. If you feel free let have some FAIRYTALE here..
BUNGA
Lets Talk!


Don't use harsh word!
Put your blog url, not email!
No anonym or advertisement allowed here!


Let's have some fairytale











Credit By



Template By : YukiHaura
Basecode : AyeshaKamila
Thanks For :
Owner : YOUR NAME