BUNGA
I would love to have a little wings and fly high in the sky. running on the rainbow and tell the world that I am flying. Live for yourself not for the people. loves,me.




LadolceBungaa
Tuesday, March 25, 2014 • 11:42 PM • 0 Comment(s)

Pagi itu Danial datang ke café awal. Seperti biasa mahu melepak bersama Syira. Melilau matanya mencari kelibat Syira di café itu. Kebiasaanya Syira sudah datang waktu-waktu begini. Danial menghampiri kaunter untuk berjumpa Hanis. “Er, Hanis, Syira mana? dari tadi I tunggu dia tak muncul-muncul. Bukan ke dia dah datang waktu macam ni” soal Danial ingin tahu di mana Syira berada.

Hanis malas mahu melayan lelaki yang telah menyakitkan hati rakannya itu. Tetapi nanti kalau dia marah-marah Danial tidak tentu pasal takut Danial bertanya kenapa pula sedangkan Danial langsung tidak tahu apa-apa sekarang. Syira pun satu, tidak mahu Hanis membuka mulut memberitahu apa-apa kepada Danial.

“I don’t where she is. Aku sibuk ni, you tak nampak ke?” kata Hanis malas. “How come you don’t know? She is your bestfriend right? Tak kan tak ambik tahu pasal bff sendiri kot” ujar Danial pula. Pelik juga Hanis seperti malas mahu melayannya. Sebelum ini okay sahaja. “ Aku cakap tak tahu aku tak tahu lah. And you? Perlu ke kau tahu dia nak pergi mana?” Hanis sudah menaikkan sedikit suaranya. “Yes, I have to know” balas Danial. “Hey, dah apehal pulak nak menyibuk hal orang ni? It’s not your business okay”

 Sakit pulak hati Hanis melayan Danial itu. Sudah lah Syira sedih begitu kerananya. Ini mahu dicari lagi orang yang disakitinya dalam diam. Danial masih tidak mahu mengalah. Kenapa Hanis begitu marah kepadanya. Hairan betul dia. “It is my business” katanya lagi. “Hah? what? Your business? Dah kenapa pulak hal kau?” panas sungguh hati Hanis ketika itu.

“Sebab Syira itu kawan I. So I berhak tahu lah kat mana kawan I sekarang ni” ujar Danial bersahaja. “What? Kawan? Tahu pulak nak mengaku kawan sekarang…” ujar Hanis penuh maksud tersirat. “Habis tu? sebelum ni I tak mengaku ke Syira tu kawan I? you ni kenapa? I tengok you asyik marah-marah je. Did I make wrong?” kata Danial hairan dengan sikap dingin Hanis terhadapnya.

Ingin sahaja Hanis memberitahu kepadanya yang Syira itu terluka kerananya. Ingin sahaja Hanis menyemburnya di situ juga. Tetapi demi janjinya kepada Syira dia terpaksa juga menahan perasaan marahnya itu. “Danial, kalau kau tak nak tengok aku marah-marah lagi, aku rasa lagi elok kalau kau balik lah. Syira pun tak datang café hari ini” ditahan nada suaranya.

“She didn’t come? But why? dia sakit ke?” soal Danial. Ada sedikit riak risau pada wajahnya. “Memang dia sakit, sakit hati!” jerit hati Hanis geram. “Entah lah, aku pun tak tahu. Dah lah aku banyak kerja ni” balas Hanis malas. Danial akur juga kali ini. Dalam fikirannya memikirkan apa yang terjadi kepada Syira. ke mana kawan baiknya yang comel itu menghilang? Buat seketika terasa rindu pula pada gadis comel itu

**********              
Langkah diatur oleh Syira menuju ke dalam butik itu. Niat di hati saja ingin mencuci mata dan sekaligus menghilangkan segala beban yang ada di fikirannya juga luka yang masih berparut di hatinya. Dilihat baju-baju tergantung cantik di butik itu. Teringin juga memakai pakaian yang eksklusif seperti itu tetapi mengenangkan yang dia bukan lah orang yang berduit sangat jadi lebih baik dia simpan duit itu untuk membeli barang keperluannya.

Terpegun sungguh Syira melihat pakaian-pakaian yang cantik itu hingga tidak sedar dia terlanggar seseorang. “Eh, sorry..saya tak sengaja” ujarnya lalu berpaling muka menghadap ke hadapan. “Eh, you? You ni..Syira right? Danial’s friend kan?” rupa-rupanya yang dilanggarnya itu ialah Amanda tunang Danial. “Erk, em ya..saya Syira. awak datang sorang aje ke?” Syira ingin tahu jika Amanda datang seorang diri atau bersama Danial. Jika Danial ada di situ, dia ingin segera melarikan diri. Tidak betah dia untuk berjumpa dengan Danial waktu ini.

“Tak lah..I datang dengan sayang I lah, Danial..” balas Amanda sambil membelek dress yang ada di situ. Syira sudah mula kalut. Dia harus segera beredar dari situ! “Oh, macam itu” balas Syira sepatah. “You nak jumpa dia ke? kejap I panggilkan, sayang!” laung Amanda sedikit kuat. Dengan pantas Syira menutup mulut Amanda. “Eh, no! it’s okay. Saya tak nak jumpa dia pun. Tak apa lah, saya ada hal ini, see you..” Syira pantas beredar dari situ. Fuhh! Lega hatinya. “Mujur tak terserempak dengan dia..” katanya lega.

“Ehem” kedengaran suara seorang lelaki di belakangnya. Dia tidak mahu berpaling kerana itu pasti Danial! Dia ingin melangkah pergi. “Syira, wait!” ujar Danial pantas tangannya memegang tangan Syira. Mujur lah lengan bajunya labuh tidak lah terkena kulitnya. “Don’t touch me!” kata Syira sedikit meninggi. “Er, okay I’m sorry” ujar Danial lalu melepaskan tangan Syira.

“Where have you been? I dah lama tak jumpa you tau. You pun jarang datang café. You pergi mana?” soal Danial. “Danial, perlu ke awak tahu saya pergi mana? saya nak buat apa pun perlu ke awak tahu?” soal Syira cuba menahan perasaan. “Of course, we are friend right” balas Danial pula. Pelik dengan sikap Syira yang seperti dingin dengannya. Hari itu Hanis, sekarang Syira pula. Apa yang terjadi sebenarnya? “Yes, friend. Not more than that” balas Syira.

“Okay, fine..so, you sihat tak?” Danial bertanyakan khabar Syira yang telah lama tidak berjumpa. “Alhamdulillah, saya boleh bernafas lagi” balas Syira seperti tidak mahu layan. “It’s good to know that you are fine” kata Danial memandang wajah gadis comel itu. Terubat sedikit rindunya pada Syira. “Syira, take this” Danial menghulurkan sampul surat kepadanya. “Apa ni?” soalnya hairan. “Read that, and then you will know” kata Danial sedikit tersenyum. “kalau ada masa saya baca” jawab Syira bersahaja. “Sayang, I dah siap shopping” tiba-tiba Amanda datang mengganggu perbualan mereka. “Oh, okay. Jom kita pergi makan. Syira, come join us?” pelawa Danial. “No, thanks. Saya ada hal, I have to go” ujar Syira lalu beredar dari situ. Dia sudah malas mahu berlama di situ. Semakin pedih hatinya apabila berjumpa dengan Danial. Tetapi tetap dikuatkan hatinya agar tidak lemah.

*********** 
Hanis sibuk mengemaskan barang-barang yang sedikit bersepah dia atas kaunter itu. Beg Syira yang sedikit terbuka itu dialih. Tiba-tiba jatuh sekeping sampul surat dari beg itu. Teragak-agak Hanis mengambilnya. Sampul surat itu masih belum dibuka. “Syira, surat apa ini?” Syira yang berada berdekatan dengannya berpaling. “Surat tu..Danial kasi” balasnya malas. “Kau tak bukak?” soal Hanis lagi. “Malas, buat apa” jawabnya lagi. Memang dia sedaya upaya cuba melupakan Danial. “Aku bukak eh” kata Hanis lalu tangan lincah membuka sampul surat itu. Syira malas mahu ambil tahu.

Dibaca satu persatu isi kandungan surat itu. “Syira?” panggil Hanis. “Apa?” sahutnya malas. “Hari ni berapa hari bulan?” soal Hanis tiba-tiba. “17 November. Kenapa?” soal Syira pula pelik mengapa Hanis bertanya tentang tarikh pula. “Danial..” katanya sepatah. Syira mula rasa lain. “Kenapa dengan dia?” soalnya ingin tahu. “Dia nak pergi UK hari ni. flight dia pukul 9 malam ini” kata Hanis sedikit terkejut. “Hah, apa? Betul ke..?” soal Syira yang masih kurang jelas. “Yes, dia sendiri bagitau dalam surat ini” kata Hanis sambil menyuakan surat itu pada Syira.

“Oh..okay, bagus lah dia pergi sana. At least aku tak payah lari dari dia lagi lepas ni” ujar Syira. Dia seakan cuba menahan perasaannya. Ada kesedihan di matanya itu. “Are you okay, Syira?” soal Hanis teragak-agak. “Yes, I’m okay..” balas Syira perlahan. “kau tak nak tengok dia? Mana tahu untuk kali terakhir” kata Hanis cuba memancing Syira. Dia tahu Syira sedih tetapi gadis itu tidak menunjukkan perasaanya. “Buat apa aku pergi tengok dia? Buang masa lah” Syira tersenyum sedikit. Jelas senyuman yang cuba ditahan.

“Jangan tipu aku. Aku tau kau mesti nak tengok dia untuk kali terakhir sebelum dia fly ke UK kan? Jangan tipu diri sendiri babe. Kau juga yang menderita nanti” kata Hanis jujur. Syira terkesan dengan kata-kata Hanis. Air matanya jatuh juga. “Sempat ke Hanis?” soal Syira yang masih berharap untuk dapat berjumpa dnegan Danial mungkin untuk terkhir kali. “Ada 3 jam lagi sebelum flight dia berlepas. Sempat lagi ni” ujar Hanis memberi semangat kepada Syira. Syira segera bergegas keluar dari café itu menuju ke KLIA.

Hanis sekadar senyum. Walaupun dia masih marahkan Danial tentang apa yang terjadi, tetapi dia masih berharap agar Syira dan Danial dapat bersama. Kerana dia tahu perasaan Syira pada lelaki itu sungguh kuat dan sungguh ikhlas.

**********
Teksi yang dinaiki Syira terdampar di tepi jalan kerana rosak. Syira tidak punya banyak masa lagi. Dia harus cepat kerana jika terlambat peluang untuknya berjumpa Danial akan hilang begitu sahaja. “Takpe lah pak cik, saya jalan kaki aje. Lagipun dah nak sampai ni. saya pergi dulu” kata Syira bergegar keluar dari teksi itu. “Hati-hati ya” pesan pemandu teksi itu.

Syira memebelek jamnya. Jarum menunjukkan pukul 8.45 malam. Tinggal beberapa minit lagi sebelum kapal terbang itu berlepas. Dia berlari sepenuh hati untuk sampai ke KLIA. Dia berhenti kepenatan. Beberapa meter sahaja lagi dia akan sampai ke KLIA. Tetapi…jamnya menunjukkan tepat pukul 9 malam. Syira kaku di situ. Punah harapannya untuk berjumpa dengan Danial untuk kali terakhir. Dari jauh ternampak kerlipan lampu kapal terbang di atas awan yang gelap. Sekali lagi air matanya jatuh menitis laju. Itu pasti kapal terbang yang dinaiki Danial.

Dia terduduk di atas jalan raya itu. Tanpa sedar tangan naik melambai ke arah kapal terbang yang semakin menghilang di sebalik kepekatan malam. “Bye Danial..semoga Allah lindungi awak…” katanya bersama linangan air mata. Danial pergi dengan membawa cintanya bersama lelaki itu. 

0 Comments posted :

Post a Comment


Little Hello



Follow | Dashboard
Hello to all of you blogger. Thanks visit here. If you feel free let have some FAIRYTALE here..
BUNGA
Lets Talk!


Don't use harsh word!
Put your blog url, not email!
No anonym or advertisement allowed here!