BUNGA
I would love to have a little wings and fly high in the sky. running on the rainbow and tell the world that I am flying. Live for yourself not for the people. loves,me.




LadolceBungaa
Tuesday, March 25, 2014 • 7:44 AM • 0 Comment(s)

Kelihatan dua orang rakan baik itu sedang rancak berborak di kaunter café itu. memang di situ lah tempat mereka selalu melepak dan bergosip. Tetapi kerja tetap diutamakan. Mereka cuma melepak jika ada masa terluang ataupun jika tidak ramai pelanggan yang datang ke café itu. “Syira, kau dengan Danial macam mana?” Hanis tiba-tiba bertanya tentang dia dan Danial.  “maksud kau? macam mana apa?” soal Syira bingung. “Yelah I mean, macam ada pape je..sebab aku tengok Danial itu macam dah ehem ehem  kat kau hehe..” kata Hanis tersengih gatal.

Terdiam seketika Syira mendengarnya. “Eh, mana ada lah. Aku dengan dia mana ada pape. Kitorang kawan aje. Lagipun mana kau tau yang Dania tu…em,ada hati kat aku?” teragak agak Syira menyoal. Betul ke apa yang dikatakan Hanis itu? Danial juga punya perasaan terhadapnya? Entah, dia sendiri tidak tahu.

Hanis senyum ada makna.”Alah babe, aku yang tengok ni pun boleh tau lah dia itu suka kau. Ingat tak masa birthday kau dulu? Bukan main wey dia buat surprise birthday untuk kau bagai. Siap bagi bunga, bagi rantai lagi itu! kalau dah main bagi present sweet tahap nak pengsan macam itu tak ke dia pun ada perasaan jugak kat kau…” Kening Hanis diangkat-angkat sambil tersengih menayangkan giginya.

Tanpa sedar hati Syira berbunga gembira. Yelah, kalau betul apa yang dikatakan Hanis itu maknanya dia tidak bertepuk sebelah tanganlah. Tetapi jujur dia masih takut untuk mempercayai telahan Hanis itu. “Apa lah kau ni, dia bagi hadiah tu semua untuk birthday present aku je. not more than that okay? Kau ni pun sesedap rasa je main teka perasaan orang kan? Bukan kau tahu pun perasaan Danial itu macam mana” ujar Syira cuba menangkis apa yang dikatakan Hanis. “Elleh..kau aje yang cakap macam itu. Yelah, kita memang tak tahu apa ada dalam hati dia itu. Tapi the way he treat you..bukan macam kawan biasa tau” bersungguh betul Hanis meyakinkan Syira tentang apa yang dirasakannya.

“Hm..entah lah Hanis. Aku sendiri tak tahu yang dia betul ada perasaan jugak kat aku atau tak. Tapi kalau tak pun, aku tak kisah lah..” ujar Syira perlahan. “tipu lah kalau kau kata kau tak kisah. Aku tahu kau kisah. Walaupun kau tak cakap tapi aku kenal dah bertahun pun. Kau memang suka pendam perasaan kau kan. But this time, it’s different. Aku boleh nampak macam mana kau suka sangat kat Danial itu. Tak sama macam cinta-cinta monyet zaman sekolah dulu tu” Hanis serius dengan katanya itu.

Syira terdiam seketika. Betul apa yang dikatakn Hanis. Dia tidak pernah menyukai mana-mana lelaki dengan serius seperti mana dia menyukai Danial. Tetapi, tak mungkin pergi harus mencari timba? Dan tak mungkin juga dia yang harus memberitahu Danial tentang perasaanya. Itu memang tidak akan pernah berlaku! Kerana dia tidak mahu dianggap seperti gadis murahan yang menagih cinta dari seorang lelaki.

“Hanis, memang betul apa yang kau cakap itu. Memang aku tak nafikan yang aku betul-betul suka dia. But what can I do? Macam mana kalau aku aje yang ada perasaan kat dia, tapi dia? Cuma anggap aku ni tak lebih dari kawan dia” kata Syira meluahkan perasaanya. “If you don’t try, you will never know. Mana kau tahu yang dia takde perasaan kat kau? Aku yakin dua ratus peratus yang dia pun suka kat kau tau” Hanis memberi kata-kata semangatnya untuk Syira.

“Hm..kau nak suruh aku try apa ini? malas lah aku nak try try ni. Nanti aku jugak yang dapat malu” malas dia hendak mencuba nasib dengan Danial itu. Hanis sudah mentertawakannya. Macam lah dia suruh Syira itu menggoda Danial. “Rileks lah..kau try nasib aje..” kata Hanis lagi. “Okay..tapi macam mana?” Syira terikut juga dengan cadangan Hanis itu. “Okay, macam ni….” bersungguh-sungguh Hanis menurukan ilmunya itu kepada Syira. Siap dengan gaya lagi ditunjukkannya. Entah apa lah plan mereka berdua untuk mencuba nasib mengetahu isi hati Danial kepad Syira. 

**********
Syira menunggu kedatangan Danial di meja yang selalu mereka duduki di hujung café itu. Dihirup cappuccino yang masih panas berasap itu untuk melegakan sedikit hati yang berdebar. Lain macam kali ini debaran yang dirasakannya. Kerana kali ini dia ada misi! Misi untuk mengetahu isi hati Danial terhadapnya. Ini semua idea si Hanis itu lah.

Tiba-tiba dirasakan ada tangan yang datang dari belakangnya. Dan betul ke apa yang dilihatnya ketika itu? sebuah kotak kecil yang seakan kotak cincin yang dipegang oleh sesorang di belakangnya berada betul-betul di depannya. Dia yakin itu pasti Danial. “Danial..” suaranya sedikit bergetar. “Shhh… just listen to me. I know it still early to start it, but I can’t deny my feeling to you dear. Every day I’m thinking about you. I just can’t help it! so today, here I stand and I want you to know that I truly, deeply…in love with you. I love you…” belum sempat Danial menghabiskan kata-katanya Syira pantas berpaling kepadanya. Dengan mata yang sudah merah. Bila-bila masa sahaja dirasakan air matanya akan jatuh mengalir. “Danial..are you serious with your feeling?” soal Syira inginkan kepastian.

Danial tersenyum. “Of course Syira. I really serious!” katanya begitu bersungguh. Dan sungguh tidak tahu bagaimana harus diperkatakan perasaan Syira ketika itu. Gembira,terharu,bangga semua bergabung menjadi satu perasaan yang amat indah. “Thank you Danial…I love you too..” kali ini air mata Syira sudah jatuh menitis. Tidak dapat ditahan lagi perasaannya ketika itu.

“Wow, it’s really a great acting Syira!” ujar Danial sambil menepuk tangannya. “I tak tahu you pandai berlakon. Siap nangis-nangis lagi…good job girl” Danial berkata sambil ketawa kagum melihat Syira yang disangkakan pandai berlakon dan menjiwai watak sampai menangis-nangis. Berlakon? Apakah semua ini? Adakah dia bermimpi atau ini benar-benar berlaku?

“Erk, what do you mean Danial?” soal Syira serius. “Yaa, I puji you berlakon tadi. Thank you sebab berjaya menjiwai watak you. You know what? I tengah practice untuk propose my fiancé. Tu I jadikan you sebagai latihan tadi. but, It quite nervous to tell my feeling Syira. Macam mana ni” laju sahaja ayat-ayat yang membuatkan Syira tersedar dari lamunannya keluar dari mulut Danial. Ya, dia bukan bermimpi. Benarlah Danial menyangkakan dia hanya berlakon tentang perasaannya. Tuhan, apakah ini semua?

Seluruh rasa bahagia,gembira dan segala macam rasa yang indah tadi hancur begitu sahaja saat ayat-ayat itu dikatakan Danial. “Berlakon? Yaa..saya berlakon aje tu tadi. pandai kan? Siap nangis-nangis lagi haha..” kedengaran tawa keluar dari mulut Syira. Nyata tawa yang hambar sekali. Yang penuh dengan kepalsuan dan kepedihan.

“Yes, pandai sangat! Kan best kalau reaksi tunang I sama macam yang you buat tadi. Ah, it so wonderful to imagine it…” ujar Danial begitu bahagia jika reaksi itu yang diberikan tunangnya nanti. Dan sungguh, sedaya upaya dikuatkan hati Syira ketika itu. Tidak mahu Danial mengesan betapa remuknya hatinya ketika itu. Tidak mahu Danial tahu pun bahawa apa yang diperkatakannya tadi adalah benar-benar luahan hatinya selama ini.

“Saya pasti..tunang awak akan lagi suka kalau awak lamar dia macam itu” Senyuman palsu dan perit diberikan lagi kepada Danial. Danial juga tersenyum. Senyum bahagia sekali sambil membelek-belek kotak kecil bewarna merah itu. “Sayang!” terdengar satu suara dari belakang Syira. Mungkin itu lah suara tunangan Danial yang diberitahunya tadi. Danial pantas berdiri mendapatkan gadis tinggi lampai itu. “you are late sayang!” ujar Danial dibuat-buat marah kepada tunangnya itu.

“Alah..I’m sorry sayang. I janji tak buat you tertunggu-tunggu macam ini lagi okay?” kata tunang Danial begitu manja. “Oh ya, lupa nak kenalkan. So this is Syira, my cute little friend. Syira, this is my fiancé, Amanda” ujar Danial memperkenalkan Syira dan tunangnya Amanda. Syira sekadar senyum. Senyum yang boleh dikatakan tawar sekali. “Nice to meet you Syira..” ujar Amanda yang asyik melekat di tepi Danial. “Me too. Okay, I have to go, you guys have fun lah” ujar Syira. Dia ingin segera pergi dari situ. Tidak mahu lagi hatinya terus sakit melihat kemesraan Danial dan Amanda yang benar-benar membuatnya sakit mata dan apatah lagi hati terutamanya.

Hanis terkejut melihat keadaan Syira yang menangis semahu-mahunya sebaik dia sampai ke belakang kaunter café itu. “Syira, what’s wrong? Kenapa ni?” Hanis segera mendapatkan Syira. “Hanis..aku..aku malu” luah Syira pada rakannya itu. “Malu kenapa?” Hanis masih samar-samar. “Danial..aku ingat dia suka kat aku, tapi…” Syira tidak dapat menahan sebaknya.

Jadi kerana Danial lah Syira menangis seperti itu. “Danial? apa dia buat kat kawan baik aku ni?!” Hanis sudah panas hatinya apabila rakan baiknya disakiti seperti itu. Dia juga seolah dapat merasa kesedihan yang dirasakan Syira. Hanis pergi ke luar untuk melihat perkara yang sebenar. Ditanya Syira, rakannya itu tidak berhenti menangis.

Bulat matanya melihat kemesraan dua pasangan di luar café itu. Kakinya terasa laju sahaja ingin melangkah ke arah dua pasangan itu. Tetapi untuk apa dia menyerang Danial? Bukan dia tahu pun tentang apa yang terjadi sekarang kerana ini melibatkan hati.
Hanis melangkah semula ke belakang kaunter. “Syira..aku dah nampak pun. Sabar ya? Ini semua salah aku lah sebab suruh kau buat plan tu tadi. Aku tak tahu benda ini akan jadi macam ini...” Hanis terasa bersalah. “No, bukan salah kau Hanis. Salah aku. Aku yang bodoh sangat suka kat dia..salah aku Hanis!” Syira menyalahkan kebodohan dirinya. “Shh! Don’t say like that Syira. Tak baik cakap macam itu. kau sendiri yang ajar aku tak baik sebut benda-benda macam itu kan” Hanis memujuk Syira perlahan.

Syira tersedar dari kesedihannya. Cepat-cepat dia beristighfar dalam hati. Mudah sungguh dia lemah hanya kerana cinta seorang lelaki yang tidak dapat dia miliki. Padahal ini bukan lah pengakhiran hidup untuknya. Tetapi hati yang terluka bukan mudah untuk sembuh begitu sahaja. Dia perlukan masa untuk berfikir tentang semua ini. “Hanis, aku balik dulu. Aku dah tak tahan duduk café ini kalau aku kena menghadap benda yang menyakitkan hati aku lagi” ujar Syira mengambil begnya di rak yang disediakan. Hanis faham jika Syira inginkan masa untuk menenangkan dirinya. “Okay, nanti aku bagitahu boss kau tak sihat. Take care okay. Jangan buat benda bodoh!” kata Hanis cuba mengingatkan Syira. Walaupun dia tahu Syira tidak akan buat benda yang bukan-bukan.   

**********
Pagi itu Danial datang ke café awal. Seperti biasa mahu melepak bersama Syira. Melilau matanya mencari kelibat Syira di café itu. Kebiasaanya Syira sudah datang waktu-waktu begini. Danial menghampiri kaunter untuk berjumpa Hanis. “Er, Hanis, Syira mana? dari tadi I tunggu dia tak muncul-muncul. Bukan ke dia dah datang waktu macam ni” soal Danial ingin tahu di mana Syira berada.

Hanis malas mahu melayan lelaki yang telah menyakitkan hati rakannya itu. Tetapi nanti kalau dia marah-marah Danial tidak tentu pasal takut Danial bertanya kenapa pula sedangkan Danial langsung tidak tahu apa-apa sekarang. Syira pun satu, tidak mahu Hanis membuka mulut memberitahu apa-apa kepada Danial.

“I don’t where she is. Aku sibuk ni, you tak nampak ke?” kata Hanis malas. “How come you don’t know? She is your bestfriend right? Tak kan tak ambik tahu pasal bff sendiri kot” ujar Danial pula. Pelik juga Hanis seperti malas mahu melayannya. Sebelum ini okay sahaja. “ Aku cakap tak tahu aku tak tahu lah. And you? Perlu ke kau tahu dia nak pergi mana?” Hanis sudah menaikkan sedikit suaranya. “Yes, I have to know” balas Danial. “Hey, dah apehal pulak nak menyibuk hal orang ni? It’s not your business okay”

 Sakit pulak hati Hanis melayan Danial itu. Sudah lah Syira sedih begitu kerananya. Ini mahu dicari lagi orang yang disakitinya dalam diam. Danial masih tidak mahu mengalah. Kenapa Hanis begitu marah kepadanya. Hairan betul dia. “It is my business” katanya lagi. “Hah? what? Your business? Dah kenapa pulak hal kau?” panas sungguh hati Hanis ketika itu.

“Sebab Syira itu kawan I. So I berhak tahu lah kat mana kawan I sekarang ni” ujar Danial bersahaja. “What? Kawan? Tahu pulak nak mengaku kawan sekarang…” ujar Hanis penuh maksud tersirat. “Habis tu? sebelum ni I tak mengaku ke Syira tu kawan I? you ni kenapa? I tengok you asyik marah-marah je. Did I make wrong?” kata Danial hairan dengan sikap dingin Hanis terhadapnya.

Ingin sahaja Hanis memberitahu kepadanya yang Syira itu terluka kerananya. Ingin sahaja Hanis menyemburnya di situ juga. Tetapi demi janjinya kepada Syira dia terpaksa juga menahan perasaan marahnya itu. “Danial, kalau kau tak nak tengok aku marah-marah lagi, aku rasa lagi elok kalau kau balik lah. Syira pun tak datang café hari ini” ditahan nada suaranya.

“She didn’t come? But why? dia sakit ke?” soal Danial. Ada sedikit riak risau pada wajahnya. “Memang dia sakit, sakit hati!” jerit hati Hanis geram. “Entah lah, aku pun tak tahu. Dah lah aku banyak kerja ni” balas Hanis malas. Danial akur juga kali ini. Dalam fikirannya memikirkan apa yang terjadi kepada Syira. ke mana kawan baiknya yang comel itu menghilang? Buat seketika terasa rindu pula pada gadis comel itu.



0 Comments posted :

Post a Comment


Little Hello



Follow | Dashboard
Hello to all of you blogger. Thanks visit here. If you feel free let have some FAIRYTALE here..
BUNGA
Lets Talk!


Don't use harsh word!
Put your blog url, not email!
No anonym or advertisement allowed here!