Di sebuah taman yang sangat indah dan nyaman. aku berdiri di situ menghadap tasik yang sungguh cantik ditaburi bunga teratai yang kembang mekar. ikan-ikan bermain-main di dalam air. aku di situ hanya berdiri kaku tanpa berbuat apa. hanya ingin menikmati keindahan alam yang sungguh damai. aku berpaling untuk berlalu dari situ. tiba-tiba aku ternampak dua orang yang aku sangat aku kenali. mereka seperti pasangan yang sungguh bahagia. aku nampak mereka bergurau senda tanpa langsung tidak menyedari aku memerhatikan mereka.
dalam hati ini, kenapa ada rasa sakit? kenapa seperti ada sesuatu yang tajam menghiris hati ini? tanpa sedar, air mata sudah menitis setitik demi setitik T_T aku hanya membiarkan ianya mengalir. mungkin dapat menengankan sedikit hati yang sedang sakit ini :') dan aku di situ...hanya mampu memerhati dan tersenyum :) senyum untuk menguatkan hati ini. senyum untuk menghilangkan segala perit di hati ini. tiba-tiba lelaki itu berpusing ke arahku. mata kami bertatapan. dan aku hanya senyum memandangnya. perempuan itu juga turut memandangku dengan mata yang tajam :O
Aku terus berlalu dari situ. aku terus pergi. pergi jauh dari dia. dia yang sudah banyak menyakitkan hati ini >< mungkin...cinta itu harus pergi. dan mungkin tiada cinta lagi untukku selepas ini :')
> dan aku, hanya ingin kau tahu, besarnya cintaku. tingginya khayalku bersamamu :'>
Little Hello

Follow | Dashboard
Hello to all of you blogger. Thanks visit here. If you feel free let have some FAIRYTALE here.. BUNGA
|
0 Comments posted :
Post a Comment