BUNGA
I would love to have a little wings and fly high in the sky. running on the rainbow and tell the world that I am flying. Live for yourself not for the people. loves,me.




LadolceBungaa
Sunday, March 23, 2014 • 1:58 AM • 0 Comment(s)


Syira menyiapkan kerja terakhirnya sebelum waktu kerjanya tamat pada petang itu. Dia mengelap meja itu dengan kain basah. Sesekali mata gatal sahaja ingin melihat ke luar café, iaitu tempat dimana lelaki itu duduk dan menunggunya.
                                                     
“Oii..cuci meja ke cuci mata cik adik??” kedengaran suara Hanis tergelak dari kaunter menyedarkan Syira yang ralit mencuri pandang lelaki itu. Syira pantas melarikan pandangannya. “Sibuk betul lah dia ini” gumam Syira.

“Saya cuci meja lah ni cik kak.. tak nampak ini?” balas Syira sambil tangannya laju mengelap meja itu. Malu pulak terkantoi dengan kawan sendiri. “Hm..yelah itu, macam lah aku tak nampak kau duk pandang-pandang kat luar tu. tengok cik abang eh?” kata Hanis mengusik Syira. Makin menjadi-jadi si Hanis ini. Ada yang kena baling kain buruk nanti. Syira juga sudah malu sendiri. Tetapi cover tetap cover.

“Eh, mana ada! Kau ni jangan nak mengarut eh. Dah lah, time kerja aku dah habis. Nah kau ambil kain ini” ujar Syira meletakkan kain basah itu di hadapan Hanis. “Amboi, tak sabar-sabar nampak. Kalau jumpa buah hati cepat kau eh..” balas Hanis di depannya. Syira sudah malas mahu melayan usikan Hanis itu. “Okay lah Nis, aku ada hal sikit kat luar tu hehe..aku pergi dulu..” kata Syira tersengih. Nak tak nak terpaksa mengaku mahu berjumpa dengan lelaki itu. “Haha..yelah take care..” balas Hanis lalu menyambung kembali kerjanya.

********
Syira teragak-agak untuk menegur lelaki itu. “Fuhh rileks okay. Just tegur macam biasa je..” kata hatinya memberi sedikit semangat. “Hai” Syira mula menegur lelaki itu. “Oh, hai! You dah habis kerja?” soal lelaki itu. “Yelah, kalau tak saya tak ada kat sini..” balas Syira sedikit senyum.

“Oh,okay. Eh, have a seat” ujar lelaki itu mempelawa Syira duduk. Syira menarik kerusi di hadapan lelaki itu lalu duduk di situ. “So what’s your name?” lelaki itu mula bertanya Syira. “Er, Hani Fasyira. Just call me Syira..” balas Syira bersahaja. “Hani Fasyira. What a nice name, it suits you well..” kata lelaki itu ikhlas. Syira hanya senyum. Bangga mungkin dipuji begitu oleh lelaki itu.

“And I’m Danial. Ahmad Danial Keith” ujar lelaki itu memperkenalkan dirinya pula. Lantas tangan Danial dihulurkan kepada Syira sebagai tanda perkenalan. Syira merenung kosong tangan Danial. “Dia suruh aku shake hand dengan dia ke?” soal hati Syira. “Er..okay Danial” ujar Syira sepatah. Danial memandang hairan pada Syira meminta jawapan. “Er..bukan muhrim berdosa bersentuhan” ujar Syira lagi. Danial mengangguk tanda faham. Dia pura-pura tidak tahu atau memang tidak tahu langsung tentang benda ini? Entah lah, mungkin Danial orang yang jenis bersosial atau kurang didikan agama. Mungkin juga disebabkan keturunannya yang memang berasal dari negara barat itu membuatkan dia terikut dengan cara barat.

“Sorry..” ujar Danial perlahan. “It’s okay lah..” balas Syira bersama senyuman. “okay..hm,umur you berapa eh? I rasa you mesti lagi muda pada I” soal Danial ingin tahu. “saya baru 20 tahun. Awak pulak?” soal Syira pula. “Oh, kan I dah cakap you lagi muda pada I. umur I 24 tahun. But still I muda lagi kan? Haha..” Kata Danial ketawa. Terpegun Syira melihat Danial ketawa begitu.

“Haha..ya,muda lagi itu. awak buat apa sekarang? Study lagi or dah kerja?” Tanya Syira pula. Hilang sedikit rasa gemuruhnya bercakap dengan lelaki itu. “Hm..I lepak aje sekarang..” kata Danial bersahaja. Syira memandang Danial sedikit terkejut. “Haha..jangan lah buat muka macam itu. it so cute you know..?” kata Danial memandang Syira. Tersipu-sipu Syira dibuatnya. “Dia kata aku cute?? Alahai..cair..” desis hatinya.

“Actually I dah habis belajar pun. Just tunggu nak sambung belajar lagi kot” kata Danial lagi. Syira mengangguk faham. “You pulak? Study kat mana? you buat part time ke kat sini?” soal Danial pula. “saya study area sini jugak..yep, buat part time kat sini cari duit lebih sikit. Saya ini bukan orang senang macam awak” ujar Syira berterus terang. “Oh I see..but how did you know I ini orang senang?” soal Danial sengaja menguji Syira. Syira sedikit tersentak. Dia bukan tahu pun Danial itu kaya atau tidak. Main teka saja. Tapi kalau lihat dari gayanya  itu memang nampak seperti orang berada.

“Erm..entah, saya main teka aje..hehe..tapi tengok dari gaya awak pun dah tau mesti awak anak orang kaya. Ini kalau tak jutawan mesti ayah awak bussines man kan?” kata Syira tersengih.  Semakin berani untuk berbual dengan lelaki itu. Danial ketawa melihat Syira. Sungguh comel gadis di depannya itu. Lagi-lagi bila buat muka blur tahap gaban.

“Haha..you are so funny with that cute face” pipi Syira sudah mula memerah. Kerap sungguh Danial memuji mukanya yang comel itu. Danial tahu gadis itu malu sebenarnya. “Actually my dad memang orang bisnes. Tapi I tak kisah nak kawan dengan sesiapa pun. As long as I selesa and kawan I tu selalu buat I happy. Macam you..” ujar Danial ingin melihat bagaimana reaksi Syira.

Syira agak terkejut. Yelah baru beberapa minit mereka berkenalan sudah declare sebagai kawan. Tetapi hatinya memang berbunga-bunga lah bila lelaki itu sudi berkawan dengannya. “Macam saya? Tapi kita kenal tak sampai satu jam pun awak dah cakap kita ini kawan” ujar Syira selamba. Muka Danial sedikit berkerut. “Why? You tak nak kawan dengan I ke?” soal Danial ingin tahu. “Eh, tak! bukan macam itu. tak kan lah saya tak nak kawan dengan awak pulak. Sepatutnya awak tu yang tak layak nak kawan dengan orang macam saya ini” ujar Syira pula. Tak kan lah dia tak sudi nak berkawan dengan lelaki itu. Mana mungkin! Danial berasa kurang senang bila Syira membezakan dirinya dengan dia. “No..seriously I tak kisah pun nak kawan dengan sesiapa. You jangan cakap macam itu lagi okay? I tak suka you bandingkan diri I dengan you. we are same right? Still manusia biasa” ujar Danial ikhlas bersama senyuman mautnya itu. Sungguh Syira terpegun dengan kata-kata Danial. Walaupun datang dari orang yang berada tetapi dia langsung tidak kisah untuk berkawan dengan sesiapa pun.

“Ya..you are right” ujar Syira sepatah. Sedikit tersenyum memandang lelaki itu. Kedengaran Iphone milik Danial berbunyi memainkan lagu Bruno Mars. Syira sekadar melihat Danial bercakap dengan orang yang menelefonnya. Dalam hati bertanya “Siapa yang telefon dia itu? girlfriend dia ke?” ada sedikit rasa sedih di sudut hatinya. “Syira, I’m so sorry. I have to go now but maybe we can have a chat next time?” soal Danial. Dia masih mahu berbual dengan gadis itu teapi ada perkara yang harus diselesaikannya.       

“Eh it’s okay..tak apa, awak ada hal kan so pergi aje lah. Erm, insyallah kalau ada masa lain kali kita boleh borak lagi” Syira sekadar senyum kepada lelaki itu. Danial tersenyum lega. “Okay kalau macam itu. I got to go..bye!” Danial mengangkat tangan kepadanya. “Bye,Assalamualaikum..” ujar Syira pula. Danial sekadar tersenyum dari jauh tanpa menjawab salam dari Syira. Tak kan tidak tahu jawab salam kot? Biar betul.

*************
Hanis menghampiri Syira yang duduk di kaunter itu. “Eh Syira, buah hati kau tak datang ke hari ini?” soal Hanis hairan kerana dia tidak nampak pula baying Danial di café itu. Syira mengangkat mukanya menghadap Hanis. “Erm..entah. dia tak ada pun tak datang lah tu” balas Syira dengan suara sedikit kecewa. “Alaa..jangan lah buat muka sedih macam itu..buruk tau! haha..” Hanis ketawa melihat muka Syira mendung sahaja.

“Ish, mana ada aku sedih. Aku biasa aje lah” balas Syira menidakkan kata-kata Hanis itu. “Iya ke? tak payah tipu aku lah Syira..aku tahu sangat lah kawan aku ini macam mana. dah, tak payah sedih sangat okay?” kata Hanis memujuk Syira yang sedang bersedih itu.

Tersenyum Syira melihat rakan baiknya itu. Prihatin sungguh terhadap perasaanya. “Yelah Hanis sayang..aku tak sedih-sedih dah” balas Syira pula. “Sedar tak sedar, kau dah sebulan berkawan dengan Danial itu kan? Hm, so macam mana? Dia ada ajak kau couple dengan dia tak? ujar Hanis sambil keningnya terangkat. Buat muka gatal Hanis ini.

“Mengarut lah kau ini Hanis!” terkejut pula Syira Hanis berkata begitu. “Apa yang mengarut pulak. Betul lah kan? Kau kan memang dah fall in love dengan Danial itu..so, cepat-cepat lah couple. Nanti terlepas kau jugak yang menangis air mata darah nanti..haha..” Hanis ketawa sengaja mengenakan kawannya itu.

“Hanis, memang lah aku ini ada hati kat dia. Tapi aku takde lah sampai nak bercouple bagai ini. It is haram you know...” balas Syira sambil membulatkan matanya. Memang serius gayanya bercakap. Syira memang gadis yang baik. Walaupun tidak lah seorang yang alim tetapi dia tetap menjaga batas pergaulannya.

“Ops..hehe..sorry. astaghfirullah..sampai ke situ pulak aku fikir kan” ujar Hanis sambil mengetuk sedikit kepalanya kerana berkata begitu. Walaupun Hanis tidak bertudung seperti Syira tetapi sedikit sebanyak dia turut mengikut cara Syira. Yelah, berkawan dengan orang yang baik pasti kita akan terikut dengan kebaikannya kan. Jauh di sudut hati Syira, dia juga berharap yang Hanis akan bertudung suatu hari nanti.

“Syira..look at there..buah hati dah sampai itu..” ujar Hanis menunjukkan ke arah Danial yang duduk di luar café itu. Ada sedikit senyuman di bibir Syira. “Aku ingat dia tak datang” ujarnya. Dari jauh kelihatan Danial memanggil Syira. “Eh, dia panggil kau lah Syira..” Hanis sudah tersenyum. Syira juga tersenyum dan mengangguk kepala kepada Danial.
“Er..aku pergi sana kejap eh. Hehe..”  ujar Syira ingin beredar dari situ. “Yelah..take care!” balas Hanis siap menyuruh Syira untuk jaga diri.   

**********

0 Comments posted :

Post a Comment


Little Hello



Follow | Dashboard
Hello to all of you blogger. Thanks visit here. If you feel free let have some FAIRYTALE here..
BUNGA
Lets Talk!


Don't use harsh word!
Put your blog url, not email!
No anonym or advertisement allowed here!


Let's have some fairytale











Credit By



Template By : YukiHaura
Basecode : AyeshaKamila
Thanks For :
Owner : YOUR NAME